SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah Toyota Corolla dalam satu kejadian di Jalan Camar, Kota Damansara pukul 8.25 pagi, 11 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa disahkan meinggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Toyota Corolla keluar dari simpang tiga dari Jalan Camar ke Persiaran Kenanga.
“Secara tiba-tiba, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC datang dari arah kanan dan melanggar kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Polis kesan pemilik TikTok lempar dakwaan berbau negatif terhadap anggotanya
Katanya, satu siasatan kini dijalankan di bawah Sekseyan 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, Mohamad Fakhrudin meminta saksi kejadian tampil ke balai polus atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

