Angkasa peruntuk RM14.26j perkukuh keselamatan makanan negara

Dari Penulis

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) memperuntukkan RM14.26 juta untuk melaksanakan beberapa projek baharu, dalam usaha memperkukuhkan tahap keselamatan makanan negara.

Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata peruntukan itu akan digunakan dalam pembangunan projek-projek berteraskan meningkatkan jaminan keselamatan makanan, antaranya projek perintis penternakan ayam.

“Kelebihan koperasi adalah kami mempunyai struktur yang kemas bagi membolehkan kawalan proses pengedaran, pengeluaran serta peruncitan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa ke-36 di Wisma Ungku A. Aziz dekat sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Fattah menjelaskan Angkasa telah memeterai perjanjian dengan ‘National Agricultural Co-operative Federation’, Korea Selatan dalam melaksanakan sebuah projek penternakan menggunakan baka lembu dari negara itu.

Beliau berkata, lembu baka kacukan dengan lembu dari negara itu berpotensi menghasilkan 30 hingga 40 liter susu sehari, dibandingkan dengan 10 hingga 15 liter sehari, yang dihasilkan oleh baka lembu tempatan.

Katanya, mesyuarat itu juga bersetuju meluluskan pelaksanaan sebuah projek tanaman jagung bijian sebagai gantian kepada jagung import.

“Jagung merupakan komponen penting dalam rumusan makanan ternakan,” katanya dan menambah projek itu akan dapat membantu menyelesaikan masalah rantaian bekalan makanan ternakan.

Beliau berkata projek perintis penanaman itu telah dijalankan di Kedah dan Angkasa dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, akan mengembangkan lagi projek tersebut di sebuah tapak berkeluasan 4,000 hektar yang belum ditentukan lokasinya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah memaklumkan Angkasa akan mempertahankan kerusinya sebagai ahli lembaga Perikatan Koperasi Antarabangsa, yang melibatkan perwakilan koperasi dari 120 negara.

Jelasnya, ahli lembaga Angkasa Datuk Kamaruddin Ismail sedang menjawat jawatan tersebut dan Angkasa ingin Malaysia terus diwakili dengan pelantikan semula Kamaruddin.

Dalam persidangan hari ini,  Abdul Fattah berjaya mempertahankan jawatannya sebagai presiden dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperolehi 1,468 undi. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This