Tok Mat senarai tiga sebab BN perlu ambil alih negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MATLAMAT mahu memulihkan kembali negara merupakan antara tiga sebab Barisan Nasional (BN) perlu mengambil alih semula kerajaan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan usaha memulihkan Malaysia seharusnya menjadi misi paling utama perikatan politik itu.

Menurut Mohamad, rakyat kini sedang terbeban ekoran harga barang melambung naik sehingga di luar kemampuan.

Malah, katanya, bekalan makanan asas berisiko terputus atau tidak mencukupi.

Beliau berkata, kepercayaan kepada institusi awam juga terjejas dengan iklim pelaburan terus pudar dan perlahan.

“Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara ini apabila BN ditewaskan pada 2018. PH (Pakatan Harapan) has failed to govern and they failed miserably.

“Dari semua segi, kita telah merosot, menyusut dan berundur ke belakang dan bila kita menerajui semula kerajaan waktu ini, tangan kita pula terhad serta terikat.

“Ini kerana kita tidak mempunyai kuasa yang dominan, kita terpaksa akur dengan pelbagai kekangan politik dan persefahaman politik dengan pelbagai sekutu dan seterus kita.

Baca artikel berkaitan: BN sebagai sebuah idea, bukan sekadar perikatan politik

“Jika kita mahu bertindak sedikit agresif atau lain dari selera mereka, kita diancam dan diugut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Konvensyen BN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN mesti mengambil alih semula pentadbiran negara kerana mahu mengembalikan semula kestabilan politik.

Jelas beliau, kestabilan politik dalam tiga tahun telah menjerumuskan Malaysia ke era 20 tahun ke belakang.

Selain itu, sebab ketiga BN perlu mengambil alih negara, kata Mohamad adalah mahu mencipta masa depan untuk generasi akan datang.

“Mentadbir negara bukan setakat menguruskannya untuk kemandirian hari ini tetapi ia juga tentang membina asas-asas kelangsungan hari esok.

“Kita bukan hanya mewarisi Malaysia ini dari generasi lepas tetapi turut meminjamnya dari generasi akan datang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This