BERSEMPENA sambutan ulang tahun keempatnya pada bulan ini, jenama gaya hidup dalam talian, Oxwhite menawarkan diskaun sehingga 70 peratus kepada semua pengguna.
Menurut pengasas Oxwhite, CK Changr pemberian diskaun itu melibatkan lebih 120 produk terlaris dan baharu daripada pelbagai kategori termasuk pakaian lelaki dan wanita, rumah dan kediaman, aksesori fesyen serta kanak-kanak.
“Pengguna juga boleh mengoptimumkan bajet membeli-belah mereka untuk membeli barangan seperti tuala mandi, baju-T lelaki dan kemeja-T ‘crew neck’ wanita serendah RM10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : MOTAC anjur program Citra Malaysia ‘Colours of Malaysia’
Selain itu, katanya bermula 1 hingga 15 Jun, peminat Oxwhite juga boleh membeli menggunakan promosi pakej bundle RM49.
“Ia akan mengandungi tiga produk keperluan harian terlaris Oxwhite seperti Basic Tee bernilai RM29, seluar dalam premium lelaki bernilai RM49 dan seluar dalam wanita bernilai RM49,” tambahnya.
Changr juga berkata, Oxwhite akan menawarkan tawaran beli satu percuma satu bermula 16 Jun hingga akhir bulan Jun.
“Paling menarik, semua pelanggan Oxwhite yang membelanjakan lebih RM100 dalam satu resit sepanjang bulan Jun akan menerima hadiah dan penghantaran percuma,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

