Resah sekat eksport, hinggakan Khairy ditanya media Singapura soal ayam

Dari Penulis

“BUKAN satu keputusan mudah untuk kami buat,” kata Khairy Jamaluddin mengenai keputusan Malaysia menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.

“Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil,” kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana kejayaan larangan import dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam.

Khairy berada di Singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.

“Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran.

“Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

Baca:Kerajaan henti eksport 3.6 juta ayam hingga harga, bekalan stabil – PM

Ayam: Bekalan untuk rakyat diutamakan, Singapura tak apa ada ayam Brazil

“Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata, keadaan semakin pulih.

Khairy Jamaluddin ketika bertemu Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong dua hari lalu./Gambar FB Lawrence Wong.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran.

“Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

“Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura,” katanya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia – hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This