MALANG tidak berbau apabila tindakan dua lelaki menukar tayar kereta pancit di bahu jalan mengundang maut selepas dirempuh sebuah lori, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, berhampiran Bukit Rotan, Kuala Selangor, pada jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, seorang daripada mangsa merupakan penyelia di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Penyelia di KKM Seremban, Negeri Sembilan berusia 55 tahun dan seorang lagi lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Siasatan mendapati tayar kereta Proton Preve dinaiki kakitangan KKM itu dipercayai pancit dan berhenti di bahu jalan.
“Kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun datang ke tempat kejadian dan cuba untuk membantu.
“Bagaimanapun tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa individu di bahu kiri jalan.
“Pada masa itu, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (blind spot) pula, menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta sebelum melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Baca artikel berkaitan: Dua kanak-kanak maut, kemalangan membabitkan treler
Mengulas lanjut, Ramli berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.
Jelas beliau, kemalangan tersebut berlaku di jalan lurus dua lorong dengan keadaan cuaca baik dan jalan rata.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

