Permintaan meningkat, pengilang ubat tingkatkan pengeluaran

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat gangguan bekalan ubat-ubatan dengan bahan aktif paracetamol bagi rawatan demam dan sakit ringan, vitamin C, serta ubat batuk dan selsema di pasaran.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A. Halim berkata, kebanyakan produk terbabit mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi sama.

Norhaliza menegaskan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini bagi menjelaskan laporan berhubung kekurangan bekalan ubat-ubatan tersebut.

Menurut laporan media, berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Menurut Norhaliza, terdapat peningkatan permintaan mendadak bagi beberapa jenis ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol.

Katanya, ini bagi rawatan demam dan sakit ringan, vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh pihak industri farmaseutikal dalam satu perjumpaan bersama Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) semalam.

Baca: Malaysia terima 48,000 ubat Paxlovid untuk merawat pesakit Covid-19

“Pihak pengilang juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi,” jelasnya.

Norhaliza berkata, KKM sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat-ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport serta isu-isu berkaitan dengannya.

Ujar beliau, pemantauan ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal.

“Ini bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This