Kes cacar monyet dikesan di 26 negara – WHO

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Maria Van Kerkhove pada Khamis.

Beliau berkata sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.

Cacar monyet telah dilaporkan di 26 negara di empat wilayah setakat ini, dan kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44), lapor Sputnik.

Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan mutasi, katanya.

Baca: Khairy dilantik Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO

Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di negara Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat sejak awal Mei.

Pegawai perubatan masih gagal mengenal pasti bagaimana ia merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti individu dijangkiti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang Afrika mahupun berkunjung ke sana.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This