Wanita terselamat jatuh dari tingkat 21 pangsapuri

Dari Penulis

SEORANG wanita berusia 55 tahun berpantang maut sebelum ajal selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri setinggi 21 tingkat, lapor media tempatan.

Wanita itu tergelincir ketika menyidai pakaian di balkon rumahnya di Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara, di sini pada Khamis.

Wanita terbabit mengalami patah tangan kiri, dan bumbung parkir kereta rosak akibat insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kelapa Gading Vokky Sagala berkata wanita itu masih memberi respons ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kejadian berlaku kira-kira 3 petang. Penduduk setempat segera membawanya ke Hospital Gading Nias.

“Dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This