POLIS Dungun kini dalam usaha mengesan pemandu Honda Civic hijau yang melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Paka-AKBS, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian tular itu turut melibatkan sebuah Perodua Viva dan Honda Odyssey.
“Pemandu Honda Civic yang merupakan warga tempatan tidak pulang ke rumah selepas kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, hasil siasatan awal pemandu Honda Civic telah memandu dengan tidak cermat sehingga gagal mengawal kenderaan lalu mengakibatkan kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka.
“Pemandu Viva cedera ringan dalam kemalangan tersebut,” katanya.
Baca artikel berkaitan : Abang rogol adik sehingga hamil ditahan polis
Kes kini dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian di minta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mastika Ab Aziz atau menghubungi Balai Polis Trafik Dungun di talian 09-8482222.
Baharudin berkata, polis sentiasa komited dalam memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

