Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. GAMBAR: Abd Razak Aid

“TIADA negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain.”

Itu penegasan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, Malaysia ketika ini berdepan cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

Katanya, Malaysia memerlukan yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah tersebut.

“Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini.

“Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan: Presiden NGO alam sekitar didakwa duduki tanah kerajaan

Gesaan itu dilakukan pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.

Selain itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam pada masa akan datang.

Hal itu bagi memastikan ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram