SEORANG warga emas nekad memandu kenderaan pacuan empat roda secara melawan arus selepas terlepas susur keluar Paka ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku di Kilometer 334 Lebuhraya Pantai Timur 2 kira-kira pukul 4 petang.
Katanya, tindakan warga emas itu dikesan sendiri oleh pegawai Lebuhraya Pantai Timur 2 yang berada di lokasi membabitkan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran CCV 3968.
Bertindak atas maklumat, polis telah ke kediaman suspek mengaku melakukan tindakan terbabit.
“Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Kuantan ke kediaman di Jalan Santong, Paka dan telah terlepas susur keluar Paka.
“Suspek kemudian mengambil keputusan berpatah balik dengan memandu melawan arus,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam ini.
Baca artikel : Wanita pandu Myvi putih lawan arus ditahan polis
Jelasnya, suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Dungun bagi siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baharudin menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan terburu-buru yang menyalahi undang-undang jalan raya serta mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

