Lelaki dikenali Saiful Arif ketika majlis pernikahannya bersama seekor kambing. Gambar: Detik.com

KECOH di media sosial Indonesia selepas tular satu klip video seorang lelaki berusia 44 tahun bertindak berkahwin dengan seekor kambing betina di Desa Jogodalu, Daerah Benjeng, Gresik, Jawa Timur pada Isnin.

Video pernikahan aneh itu melibatkan seorang lelaki bernama Saiful Arif dengan kambing betina dipanggil Sri Rahayu Bejo.

Pernikahan pasangan itu disaksikan para tetamu yang hadir dengan pengantin lengkap berpakaian tradisional Jawa.

Pengantin lelaki dilihat duduk bersebelahan kambing yang bakal dinikahinya sebelum upacara dimulakan.

“Saya terima nikahnya, Sri Rahayu Bejo dengan mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah,” kata Arif dalam video tersebut.

Namun, selepas ia mendapat pelbagai kecaman dan reaksi daripada masyarakat setempat akhirnya pemilik video tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan ia bukan seperti yang disangka.

Baca artikel berkaitan: Lelaki positif ganja pandu Myvi disyaki punca kemalangan direman empat hari

@utusantvofficial

Kambing juga pilihan hati 😁, nak tahu kisah sebenar klik link | Kejadian 5 JUN 2022. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Memetik laporan Detik.com, pemilik video tersebut Arif Syaifullah mengatakan, majlis pernikahan itu dilakukan sekadar untuk kandungan media sosial semata-mata.

Dia mengakui video tersebut bertujuan untuk menghiburkan masyarakat semata-mata dan tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti mana-mana agama.

“Ia sekadar kandungan media sosial, bukan berniat untuk menyinggung agama” kata Arif.

Sementara itu pemilik rumah rehat Ki Ageng, Nur Hudi Didin Arianto mengatakan, perkara itu sememangnya sudah dirancang dan sudah dimaklumkan kepada tetamu yang hadir bahawa pernikahan itu hang untuk kandungan di YouTube dan TikTok.

“Dari awal semuanya sudah dimaklumkan, ia hanya kandungan untuk mendapat ‘like’ yang banyak,” katanya.

Mereka kemudian memohon maaf kepada masyarakat selepas timbul rasa tidak puas hati terhadap video berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram