Masakan Minang mempunyai peminat tersendiri di Malaysia. Kali ini SAJI kongsikan resipi ayam masak Minang yang lazat dan mudah disediakan. Jom lihat bahan dan cara penyediaan juadah ini.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
250 ml santan
2 helai daun kunyit – racik
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar cili kisar
Minyak masak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
BAHAN HIRIS:
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN TUMBUK:
3 cm halia
4 cm lengkuas
3 biji buah keras

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ayam dibersihkan dan dituskan airnya. Ketepikan.
2.Tumiskan bahan tumbuk dan bahan hiris sehingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis lagi seketika sehingga terbit minyak.
3.Kemudian masukkan santan dan serai. Masak sebati di atas api sederhana kecil.
4.Masukkan ayam, daun kunyit, gula dan garam secukup rasa.

Resipi: Nor Suria Khamis


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram