Resipi kerabu pegaga ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN-BAHAN
2 ikat daun pegaga
1 labu bawang besar kuning – hiris
5 tangkai cili padi – hiris halus
50 gm ikan bilis – goreng dan tumbuk
50 gm kacang tanah – goreng
1 biji limau nipis – ambil airnya
8 tangkai cili kering
40 ml minyak masak
Sedikit gula
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN
1.Sangai cili kering sehingga garing. Kemudian tumbuk dan tumiskan sehingga garing.
2.Masukkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan tumis sehingga sambal kering. Angkat dan ketepikan.
3.Ambil mangkuk besar, gaulkan sambal kering dengan hirisan bawang kuning, cili padi dan kacang tanah.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa, gaulkan sebati.
5.Akhir sekali, masukkan daun pegaga dan perahan jus limau nipis. Ketika hendak hidang, gaulkan ke semua sekali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram