Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu

Dari Penulis

KERAJAAN negeri Johor akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.

“(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) hari ini.

Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutuan itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Baca artikel berkaitan: Lima inisiatif PKPJ bantu mudah urusan rakyat Johor miliki rumah

Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamatan bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamanya di kawasan- kawasan tumpuan pelancong.

Katanya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuhkan Program Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaan di kawasan-kawasan ‘panas’ jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.

Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This