Siri 2: Mekah sebagai pusat bumi, ini fakta mengejutkan yang perlu kita tahu

Dari Penulis

Kira-kira tujuh belas tahun lalu Al-Majid TV telah mewawancara Dr. Abd. Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir. Tumpuan topiknya, “Neil Armstrong membuktikan Mekah sebagai pusat bumi.” Hasil perbincangan yang berlangsung pada 16 Januari 2005, beliau mengemukakan beberapa pendapat.

Antaranya, Mekah merupakan pusat keseimbangan magnet bumi. Akan ada perbezaan waktu sebanyak 8.4 minit antara hemisfera utara dan selatan jika kita menjadikan Greenwich sebagai rujukan masa antarabangsa (UTC) dan bukannya merujuk kepada kota Mekah.

Semasa Dr. Abd. Al-Baset menjelaskan zon keseimbangan magnet bumi beliau merujuk kepada titik tengah antara kutub utara magnet bumi dan kutub selatan magnet bumi. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan penting, kota Mekah tidak terletak di atas Khatulistiwa medan magnet bumi tersebut.

Mengenai perbezaan waktu sebanyak 8.4 minit antara hemisfera utara dan selatan sekiranya rujukan waktu piawaian dunia (UTC) kepada Greenwich, di situ mungkin berlaku kesilapan dalam mentafsirkan nilai deklinasi atau kecondongan medan magnet bumi di Mekah iaitu sebanyak 8.4 minit.

Nilai 8.4 minit yang mempunyai dimensi untuk ukuran sudut dan bukannya minit seperti dalam unit masa. Ini kerana sudut juga menggunakan skala ukuran seakan-akan skala masa di mana sudut menggunakan darjah, minit dan saat manakala skala masa pula menggunakan jam, minit dan saat.

Artikel berkaitan: siri 1 kajian ini membuktikan dakwaan benarkah mekah sebagai pusat bumi

Jawapan mengejutkan bahawa teori mengenai kota Mekah sebagai pusat bumi berdasarkan nisbah keemasan (Golden Ratio) yang telah ditemui oleh ahli matematik Euclid nampaknya tidak dapat disokong sepenuhnya. 

Walaupun kota Mekah merupakan titik tumpuan umat Islam sebagai kiblat semasa solat dan tempat menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu ibadat haji dan umrah namun ia tidak bermakna kota itu pusat bumi.

Umat Islam perlu membangunkan segala kecekapan, keupayaan, penguasaan ilmu dan ketamadunannya sekiranya kita ingin melihat kota Mekah menjadi pusat rujukan bagi penentuan masa piawaian antarabangsa pada masa hadapan selain daripada arah kiblat dan pusat menunaikan ibadah haji dan umrah. Wallahu a’lam

Oleh: Mohd Zamri Shah Mastor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara

________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This