Penggemar kek berasaskan buah mangga rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek mangga ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung kek span segera
5 biji telur (Gred B)
60 ml jus mangga
60 ml minyak masak

BAHAN KRIM :
300 gm krim putar manis
250 gm buah mangga – dipotong

CARA MENYEDIAKAN:
1.Putar laju telur dan tepung kek span segera sehingga pekat.
2.Perlahankan putaran dan tuangkan minyak, kacau rata dan diikuti dengan jus mangga.
3.Cetakkan adunan kek tadi ke dalam loyang empat segi bersaiz 12 inci x 12 inci x 1 inci yang telah dialas kertas pembakar.
4.Bakar hingga masak dengan suhu 190°C selama 40 minit. Sejukkan.
5.Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
6.Sapukan krim pada lapis pertama dan hiaskan dengan buah mangga. Ulang langkah yang sama untuk kepingan kedua dan ketiga. Hias mengikut kreativiti anda.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram