Antara dadah dan wang tunai yang dirampas pihak polis. GAMBAR: Polis

SEORANG warga emas ditahan selepas cuba memberi sogokan RM4,000 kepada anggota polis bagi melepaskan diri dari kesalahan memiliki dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah memberi amaran sebanyak tiga kali terhadap suspek berusia 61 tahun itu namun tidak dipedulikan.

Mengulas lanjut, pihaknya telah menahan suspek berbangsa Cina di hadapan sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Brickfields pada pukul 8 malam.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan sebungkus plastik hitam yang mengandungi dadah bernilai RM5,000.

“Polis merampas tiga plastik lutsinar kecil dengan dadah Ketamin seberat 5 gram dan dua paket berwarna coklat yang mengandungi serbuk dadah jenis MDMA dengan berat 85 gram serta wang tunai berjumlah RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua remaja maut selepas rempuh kereta

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dipercayai boleh dibekalkan kepada kira-kira 20 orang pengguna dadah.

Jelasnya, hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Amihizam berkata, pihaknya masih menjalankan risikan serta siasatn bagi mengenalpasti sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah ini bolehlah menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambung 553 bagi membantu siasatan”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram