Kemenangan ke atas KL City cipta permulaan baik – Nafuzi

Dari Penulis

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menganggap kejayaan menundukkan KL City FC dalam aksi Liga Super malam tadi sebagai permulaan baik selepas hampir dua bulan tanpa perlawanan kompetitif.

Malah jurulatih muda berusia 44 tahun itu turut menyifatkan kejayaan itu sebagai pencetus momentum positif untuk anak buahnya terus bangkit mencipta kemenangan dalam siri perlawanan akan datang.

“Setiap perlawanan Liga Super amat mencabar dan bukannya satu tugas mudah untuk menang.

“Jadi saya amat berpuas hati kerana pemain telah berjaya menghadiahkan tiga mata kepada penonton setia skuad Penyu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan aksi Liga Super antara TFC dengan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Misi balas dendam KL City punah, tewas di tangan JDT

Pada perlawanan tersebut, TFC berjaya menundukkan skuad bimbingan Bojan Hodak 2-0 hasil jaringan Habib Haroon dan Manuel Ott masing-masing pada minit ke-74 dan 80.

Dengan kemenangan itu, TFC melonjak ke kedudukan keenam dari tangga ke-11 Liga Super dengan sembilan mata.

Sementara itu, Hodak berkata, meskipun anak buahnya berjaya mencipta beberapa peluang mendapatkan gol, namun masih gagal diterjemahkan ke bentuk jaringan disebabkan ketumpulan penyerang.

“Terengganu mempunyai ramai pemain berkualiti. Mereka berbahaya. Kita berjaya menyekat pergerakan Sherman (Kpah Sherman) dan Tchetche (Kipre Tchetche), namun pemain yang tidak dijangka pula menjaringkan gol,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This