KERAJAAN bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengambilan pertama bagi program tersebut akan melibatkan 1,000 orang pelajar TVET di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun ini.
Menurut Perdana Menteri, beliau yakin program itu mampu menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia khususnya daripada Kumpulan B40 untuk mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi dalam bidang TVET.
“Kerajaan turut memperkukuhkan penawaran program berorientasikan industri dan memperhebatkan penglibatan industri secara aktif bagi menyediakan graduan yang menepati keperluan mereka.
“Saya juga menyeru pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik dengan turut mempromosikan TVET seperti menonjolkan peluang kerjaya dalam industri dan membenarkan pelajar membuat lawatan ke industri mereka,” katanya dalam kenyatan.
Baca artikel berkaitan: Program Outreach TVET sebagai ‘wake-up call’ 2022
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau berharap sekurang-kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025.
Katanya, keprihatinan kerajaan terhadap TVET diserlahkan dengan pembiayaan yang tinggi di mana 80 peratus penyedia TVET awam menawarkan program TVET secara percuma.
Beliau berkata, bagi tempoh 2019 hingga 2021, sebanyak 171,412 program TVET di peringkat Diploma dan Sarjana Muda telah ditawarkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

