KOPERASI Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, jumlah itu sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding RM3.9 juta bagi tahun kewangan 2020.
Jelas beliau, pengumuman kadar dividen 2021 itu adalah kadar tertinggi pernah dicatatkan oleh Koop Sahabat sejak penubuhannya pada Ogos 2012.
Katanya, pembayaran dividen itu adalah hasil dari keuntungan bersih semasa yang dicatat oleh Koop Sahabat tidak termasuk pemotongan zakat sebanyak 2.5 peratus.
Menurut Mohd Najib, biarpun turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi dan berdepan dengan persekitaran mencabar akibat pandemik Covid-19, Koop Sahabat masih berupaya mengekalkan prestasi kadar dividen yang konsisten.
“Koop Sahabat mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan signifikan perolehan pada 2021 berjumlah RM63.2 juta berbanding RM28.5 juta pada tahun sebelumnya.
“Ini adalah hasil daripada peningkatan perniagaan melalui aktiviti peruncitan dalam pembekalan stok ayam dan daging beku sebanyak RM13.46 juta.
“Manakala melalui aktiviti Perkhidmatan Kewangan adalah sebanyak RM12.7 juta hasil pembukaan enam cawangan baharu Sahabat Ar Rahnu di Setiu, Bertam, Pendang, Wangsa Melawati, Batu Pahat dan Kluang serta aktiviti Hartanah menyumbang sebanyak RM26.9 juta,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Koop Sahabat agih RM3.9 juta dividen kepada anggota
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman agihan dividen itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-9 dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2022.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Shabudin Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan, Jaafar Ahmad. Setiausaha Lembaga Koop Sahabat, Norsharizal Mashahrin serta Bendahari Lembaga Koop Sahabat, Fatimah Ismail.
Beliau berkata, perkara itumemberi kesan secara langsung kepada catatan keuntungan Koop Sahabat yang meningkat pada kadar 143 peratus berjumlah RM 9.17 juta berbanding RM 3.77 juta pada 2020.
Katanya, usaha in merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 disamping dapat member keyakinan yang kukuh kepada bakal anggota daripada kalangan Sahabat Usahawan AIM
“Koop Sahabat berjaya mencapai dua daripada empat sasaran ditetapkan menerusi Pelan Strategik 2020 – 2024, untuk mendapatkan kedudukan dalam sepuluh Koperasi terbaik Malaysia dan mengagihkan dividen pada kadar 10 peratus kepada anggota tercapai.
“Bersempena ulang tahun Koop Sahabat yang ke-10 pada Ogos ini, anggota lembaga koperasi dan pengurusan berpendirian untuk menumpukan pada pencapaian agihan dividen bahkan melihat dari konteks lebih luas termasuk tadbir urus baik.
“Turut diberi penekanan adalah mengamalkan integriti tinggi bagi pencapaian yang cemerlang dan kompetatif serta melahirkan warga kerja yang berkualiti tinggi dan produktif,” katanya.
Koop Sahabat turut optimis untuk mengekalkan prestasinya sebagai koperasi terbaik negara tiga tahun berturut-turut diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada kelompok 10 Koperasi terbaïk di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

