SELEPAS bebas dengan jaminan polis atas dakwaan memukul seorang penghuni kondominium, Sharnaaz Ahmad terus bertemu dengan anak kesayangannya, Jebat Jayden untuk melepaskan kerinduan.
Dalam perkongsian video di Instagram, aksi Sharnaaz memeluk erat anak lelakinya itu meraih perhatian netizen yang rata-rata beremosi menyaksikan momen tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kepada yang buat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenar…,” – Sharnaaz Ahmad
“Saya okay. Insya-Allah. Baba sayang awak sangat-sangat,” tulis Sharnaaz di ruangan kapsyen.
Tiga hari berada dalam tahanan, aktor berusia 37 tahun itu mengaku sangat merindui anak tunggalnya itu dan tidak sanggup berjauhan untuk tempoh masa yang lama.
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan netizen menitipkan kata-kata semangat kepada Sharnaaz agar semua urusannya dipermudahkan.
Difahamkan, Sharnaaz akan membuat sidang media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan kejadian sebenar.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

