HARGA minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini.

SEJAK dari semalam saya memerhati dan mengkaji dengan teliti ucapan Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan pelaksanaan cara baharu penyampaian subsidi, yang mana wang akan dimasukkan terus ke akaun bank kita. Selama ini subsidi diberikan kepada pengeluar agar barang kekal murah.

Sebelum mengulas lanjut, ingin saya beritahu, saya baru pulang dari Indonesia. Di sana harga barangan asas seperti beras, ayam, minyak gorengan, tepung gandum, minyak, petrol RON 95 segala-galanya jauh lebih tinggi dari Malaysia. Jangan lupa, purata pendapatan rakyat di sana lebih rendah berbanding di sini.

Rata rata mereka di sana reda dan faham bahawa inflasi yang berlaku sekarang berkait rapat dengan ketidaksediaan rangkaian bekalan menampung permintaan sejurus selepas pandemik, selain akibat peperangan dan cuaca.

Kita bertuah kerana walaupun ramai yang mengeluh, harga barangan asas kita masih antara termurah di Asia Tenggara. Sudah tentu keadaan akan semakin sukar kerana semakin lama, jurang perbezaan harga antara barang bersubsidi kita berbanding harga pasaran akan semakin besar. Margin amat besar ini akan menyebabkan kawalan semakin sukar. Ramai yang tamak dan rakus akan cuba mengambil kesempatan.

Sekiranya kerajaan tidak mengubah taktik penyampaian bantuan dan terus membiarkan cara subsidi harga sekarang kekal, percayalah, kita tidak akan dapat pun bekalan barang-barang bersubsidi yang kita perlukan.. Bila terakhir sekali anda dapat merasa beli tepung gandum RM1.35? Bila terakhir sekali dapat minyak peket RM2.50? Saya tak ingat bila terakhir sekali saya dapat.

Baca artikel berkaitan: Peniaga, pengguna lega subsidi minyak masak peket diteruskan

Untuk dua barang ni saja kerajaan belanjakan berbilion ringgit. Bayangkan sekarang harga pasaran barang-barang ini dan juga barangan bersubsidi lain semua tengah naik.. Kalau ikut logik rasanya adakah kita akan bernasib baik dapat bekalan pada harga subsidi? Daripada pengilang-stor, pengangkutan – stor – pekedai., anda ada di mana ya?

Oleh itu, saya amat bersetuju sekiranya kerajaan membuat keputusan membiarkan harga barang-barang ini ditentukan oleh kuasa pasaran dan memberi bantuan suntikan wang terus kepada rakyat..

Janganlah kita terlalu beremosi sekarang. Lihatlah negara jiran tetangga sekeliling kita. Saya yakin Perdana Menteri membuat keputusan terbaik. Sudah tentu pada awal pelaksanaan, ada yang marah, ada yang tercicir. Apapun kita perlu pelihara keharmonian yang kita ada sekarang.

Borhan Zainal
Paya Jaras

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram