Mubarak Majid dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik di MHIFF

Dari Penulis

Anugerah pertama dalam tempoh empat dekad, Mubarak Majid dinotbatkan Pelakon Lelaki Terbaik di pentas Antarabangsa

PELAKON veteran, Mubarak Majid akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India, selepas empat dekad menelusuri onak duri dalam industri lakonan tanah air.

Pelakon berusia 66 tahun itu kali pertama mencipta namanya di anugerah antarabangsa tersebut menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn. Bhd.

“Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mubarak turut memberitahu bahawa dia terkejut dengan anugerah yang diperoleh kerana sebelum ini di pentas anugerah tempatan dia hanya tersenarai sebagai calon seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri. Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.

“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” tambahnya lagi.

Bercerita berkenaan wataknya dalam filem pendek itu, pelakon asal Kuala Kubu Baharu itu memainkan peranan sebagai bapa kepada seorang model.

“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.

“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya. Itu yang tajuknya ada perkataan Sexy Dress,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This