PELAKON Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 12.39 tengah malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Sri Kembangan, Selangor.
Ujar Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar,37, biarpun anak sulungnya bersama Fazeera itu dilahirkan dua minggu lebih awal, namun dia bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, seorang lagi anugerah terindah daripada Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan berslin.
“Isteri berada dalam keadaan baik dan baby sangat comel,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram miliknya.
Walau bagaimanapun, Fizo belum berkongsi wajah dan nama bayi tersebut.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dalam majlis tertutup di sebuah resort yang terletak di Janda Baik, Pahang.
Ini merupakan perkahwinan kedua Fizo dan merupakan yang pertama untuk Fazeera.
Sebelum ini Fizo pernah berkahwin dengan Mawar Karim pada November 2013. Namun, mereka sah bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

