ISU kebankrapan terutama melibatkan golongan muda Keluarga Malaysia yang semakin meningkat mencetuskan kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk melihat semula akta berkaitan kebankrapan.
Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus bagi mengadakan perbincangan mengenai tindakan undang-undang.
“Saya bimbang melihat kepada jumlah (kebangkrapan) yang ada ketika ini dan bimbang jumlah itu akan terus melonjak naik.
“Kerajaan sebelum ini pernah menaikkan nilai ambang kepada RM100,000 hutang minimum begitu juga menangguhkan tindakan undang-undang terutama sewaktu pandemik COVID-19.
“Saya akan berbincang dengan Wan Junaidi supaya melihat semula akta dan saya juga akan jumpa Gabenor BNM untuk melihat dari segi tindakan undang-undang.
“Percayalah, masa depan anak muda tetap menjadi agenda utama kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian penutup Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Harga ayam: Bukan pusingan U, tetapi berasaskan pandangan rakyat – PM
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Karnival Kerjaya Pemuda BN selama tiga hari berakhir hari ini itu merupakan kesinambungan usaha murni membantu Keluarga Malaysia khususnya golongan muda mendapatkan kerja.
Kata beliau, pihaknya mengalu-alukan penganjuran karnival berkenaan supaya dapat membantu mengurangkan pengangguran melalui Polisi Pasaran Buruh Aktif.
Ismail Sabri berkata, Karnival Kerjaya Pemuda BN yang dilaksanakan sejak Oktober 2021 itu juga merupakan sokongan kepada komitmen kerajaan bagi menjamin kelangsungan Keluarga Malaysia memiliki kehidupan lebih baik selepas pandemik COVID-19.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasarkan sehingga 600,000 peluang pekerjaan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia.
“Saya difahamkan, lebih 20,000 kekosongan jawatan dari lebih 200 majikan mengambil bahagian dalam program temuduga terbuka hari ini.
“Nasihat saya kepada pihak majikan, berilah peluang dan permudahkan urusan kepada pencari kerja jika mereka didapati sesuai dan menepati syarat yang ditetapkan organisasi.
“Kepada pencari kerja pula, buat yang terbaik semasa sesi temuduga dan sentiasa berfikiran positif serta cepat bertindak agar kita tidak terlepas peluang kerja di depan mata,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

