Melaka United cipta kejutan ikat JDT 1-1

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MELAKA United FC berjaya melakarkan kejutan pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi selepas mengikat pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) 1-1.

Walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama termasuk Fadhli Shas dan Syazwan Andik yang tidak boleh diturunkan atas status pinjaman, namun tidak melunturkan semangat pemain Melaka United.

JDT memulakan perlawanan dengan tekanan demi tekanan ke atas gawang gol dikawal Bryan See Tian Keat.

Pendahulu liga itu tangkas mendominasi permainan namun sepakan percuma Leandro Velazquez seawal minit keempat sedikit tersasar.

Melaka United cuba melakukan gerakan selepas itu menerusi pemain import, Sony Norde namun tidak membuahkan hasil.

JDT kemudiannya tidak menghentikan serangan dan akhirnya Velazquez bijak menyempurnakan hantaran Safawi Rashid untuk pasukan Harimau Selatan mendahului pada minit ke-27.

Baca artikel berkaitan: JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga

Tuan rumah yang dibimbing jurulatih sementara, Asri Ninggal bagaimanapun tidak berputus asa lebih-lebih lagi dengan sokongan kira-kira 17,000 penonton yang membanjiri stadium berkenaan.

Hasilnya, Melaka United akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi jaringan Justin Baas yang menerima hantaran Norde.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Walaupun JDT berterusan melakukan serangan, namun kubu pasukan tuan rumah berjaya menangkis segala asakan dan berjaya membawa pulang satu mata.

Keputusan berkenaan menyaksikan JDT masih kekal di persada liga dengan mengumpul 23 mata daripada sembilan perlawanan.

Pasukan itu juga menjadi satu-satunya pasukan yang belum pernah kalah setakat ini.

Melaka United pula berada di tangga kesembilan dengan sembilan mata daripada sembilan perlawanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This