Seorang pemandu lori maut manakala empat parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 408.4, Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 1.12 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dan Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, bomba tiba 33 minit kemudian dan mendapati sebuah sebuah lori 10 tan membawa muatan papan tanda dipandu oleh lelaki Cina bersama empat pekerja warga Pakistan melanggar sebuah treler muatan beras.

“Pemandu lori, Tam Kin Thian, 60, telah tersepit di dalam lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tragedi bersih kolam takungan, 2 beranak lemas

Katanya, dua lelaki Pakistan yang berada di bawah timbunan papan tanda berjaya dibawa keluar oleh bomba manakala dua mangsa lagi dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

Jelasnya, dua lelaki Melayu di dalam treler hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu lori treler alam perjalanan ke Kuantan dari Pendang.

“Pemandu treler telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kiri selepas mengalami kerosakkan,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil ke balai polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram