Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri perhatian ketirisan subsidi

Dari Penulis

SOAL ketirisan subsidi terutama membabitkan minyak masak yang dinikmati sewenang-wenangnya warga asing merupakan isu yang akan diberi perhatian Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Menurut laporan Astro Awani yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, isu tersebut akan dibangkitkan dalam mesyuarat mingguan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, esok.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Tegas Mustapa, aktiviti tersebut mendorong bekalan minyak masak terutama di negeri yang bersempadan dengan negara jiran tidak mencukupi.

“Kita dapat laporan daripada media, jadi ini satu perkara yang saya bincang secara tidak rasmi dengan pelbagai pihak termasuk KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).

“Kita nak tahu keadaan sebenar bilangan mereka yang terlibat dalam repackaging, di mana dijual minyak ini, setakat mana tahap penyeludupan.

“Daripada laporan media, memang ada penyeludupan dan ada tangkapan dari semasa ke semasa, cuma kita nak tahu serius mana, sebab kita bayar subsidi tapi dinikmati orang asing.

Baca artikel berkaitan: Mesyuarat pertama pasukan khas tangani inflasi, isu orang tengah antara dibincang

“Ini tidak patut berlaku kerana kosnya sangat besar. Tapi kalau ada penyelewengan bawa keluar minyak, ini kita tidak dapat terima. Keadaan ini perlu disiasat dengan teliti,” kata Mustapa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke Pasar Borong Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Mustapa memaklumkan, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung isu tersebut.

Katanya, ia melibatkan jumlah pembekal dan pengeluar minyak masak di negeri yang bersempadan.

29 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Penubuhan jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Selain Annuar, anggota yang lain ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Mustapa.

Turut menganggotainya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This