Siapa nak protes, saya tawarkan jumpa bagi idea – Annuar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KITA nak tawarkan kepada mereka yang nak (melakukan) protes itu, kalau ada masa datang jumpa saya, saya nak dengar idea.”

Demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas tindakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang merancang mengadakan protes di jalan raya berhubung isu kenaikan harga barangan.

Menurut Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, perkara berhubung kenaikan inflasi bukanlah isu yang mudah kerana ia melibatkan fenomena global.

Annuar secara sinis turut menegaskan, belum pernah dalam sejarah dunia ada pihak turun ke jalanan mengadakan protes apabila kadar inflasi negara pada paras 2.8 peratus, sedangkan negara lain sudah mencecah sehingga 10 peratus.

“Saya fikir kita negara demokrasi, nak berdemo itu demo la tetapi saya berpandangan, belum jumpa lagi dalam sejarah dunia ini buat demo maka inflasi turun.

“Kita segan dengan negara lain, mereka 8 (hingga) 10 peratus (tapi) dia buat kerja, tak demo, kita 2.8 peratus nak demo.

“Saya pun bukan pandai buat seorang, kalau dia nak, datang jumpa saya sebab saya nak bekerja tapi saya bukan Superman,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kompleks hiburan sukan digital RM6 juta di Ketereh

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena sambutan Jubli Perak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pasukan itu memang ada menjemput pelbagai pihak bagi memberikan input untuk menangani kadar inflasi.

“Minggu ini kita jemput Bank Negara Malaysia (BNM), kita juga cadang jemput pakar-pakar rujuk sebab kita tahu seluruh dunia menghadapinya dan ia satu benda yang kompleks.

“Apa yang penting kita kena berusaha dan tak biarkan sahaja kenaikan harga berlaku sebab ada perkara boleh kita kawal dan ada yang tak boleh dikawal,” jelas beliau.

Semalam, media melaporkan Mohamad dalam perancangan untuk turun ke jalan raya semula bagi mengadakan protes berhubung isu-isu negara.

Ujar beliau, antara isu-isu yang akan disuarakan adalah melibatkan kenaikan harga barangan, rasuah serta penyelewengan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This