KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus membuat risikan dan intipan bagi membanteras penyelewengan minyak masak peket.
Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Ariffin Samsudin berkata, anggota KPDNHEP telah membuat samaran yang mengekori pihak tertentu untuk mengetahui sama ada minyak masak bersubsidi dijual semula atau tidak.

“KPDNHEP tidak akan pernah diam, kami akan buat risikan dan intipan ikut pembeli minyak dari pembungkus.
“Kita ada anggota yang buat samaran yang mengekori mereka untuk tahu sama ada dijual semula atau tidak.
“Apa yang saya nak tekankan, KPDNHEP yang ada unit bekalan, kita akan kawal selia premis pembungkusan semula minyak pada setiap hari.
“Pemantauan memang kita buat kalau di Kuala Lumpur ini saya berani beri jaminan sebab setiap hari ada pemantauan premis pembungkusan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemeriksaan bekalan minyak di satu daripada premis pembungkusan semula yang terletak di Bandar Tun Razak hari ini.
Baca artikel berkaitan: KPDNHEP sita 255kg minyak masak paket, dijual secara ‘online’
Mengulas mengenai Operasi Pemutihan Subsidi, Ariffin berkata, pemeriksaan berkenaan selaras dengan pengumuman pelaksanaan operasi pengauditan dan pemutihan minyak masak paket bersubsidi.

Katanya, pengauditan berkenaan meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula di seluruh negara.
Beliau turut memberi jaminan KPDNHEP akan melaksanakan pemeriksaan di semua premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi secara berkala.
Menurut Ariffin, penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di 16 buah premis pembungkusan semula di ibu negara setiap hari.
Jelasnya, langkah itu bagi mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak paket yang diterima dan kemudian dijual semula.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

