SEORANG lelaki maut selepas dipercayai ditembak rakannya secara tidak sengaja dalam satu kejadian di kawasan Hutan Batu 18, Sungai Gabai, Hulu Langat pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian membabitkan mangsa seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun itu pada pukul 7.15 pagi.
Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga orang rakan telah masuk ke dalam hutan dan menuju ke kawasan kebun durian yang terletak di atas lereng bukit dengan jarak perjalanan dua kilometer.
“Semasa dalam perjalanan, salah seorang rakan mangsa yang membawa senapang patah telah tergelincir di lereng bukit lalu senjata terbabit terpelanting dari tangan sehingga berlaku tembakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Tiada tangkapan terhadap 2 pegawai polis berada di pusat hiburan – Arjunaidi
Mengulas lanjut, mangsa yang berada di belakang dengan jarak lebih kurang tiga meter terkena tembakan itu dan disahkan mati di tempat kejadian.
Katanya, siasatan yang dijalankan oleh unit forensik mendapati terdapat kesan tembakan peluru penabur pada badan mangsa dan dipercayai daripada selaras senapang patah
“Semakan mendapati senapang patah tersebut dilesenkan atas nama bapa saudara salah seorang rakan mangsa,” ujarnya.
Susulan kejadian tersebut, ketiga-tiga rakan mangsa berusia 36 hingga 43 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.
Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Mohd Zaid berkata, orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dan menyalurkan kepada balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

