Tiada tangkapan terhadap 2 pegawai polis berada di pusat hiburan – Arjunaidi

Dari Penulis

POLIS Selangor mengesahkan bahawa tiada tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap dua pegawai kanan polis yang berada di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman ke atas pusat hiburan berkenaan kira-kira 12.15 tengah malam, dua orang pegawai kanan polis berpangkat Asistan Superintenden Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Bukit Aman, didapati turut berada di dalam premis tersebut bersama pengunjung lain.

“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai yang dibuat terhadap kedua-dua pegawai berkenaan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.

Bagaimanapun katanya kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

“Ingin ditegaskan bahawa, pihak polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia serta tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KPDN tumpaskan aktiviti jualan barang tiruan bernilai RM600,000

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penjualan barangan berjenama yang disyaki tiruan dianggarkan bernilai...

More Articles Like This