Pesara rugi RM26,000 ditipu sindiket Macau Scam

Dari Penulis

SEORANG pesara jurubahasa mahkamah berputih mata selepas kerugian RM26,000 diperdaya sindiket Macau Scam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa berusia 60 tahun itu diperdaya setelah menerima khidmat pesanan ringkas yang mendakwa terdapat transaksi penggunaan kad kredit milik mangsa menerusi sistem e-dompet pembelian dalam talian.

Jelasnya, mangsa telah menghubungi nombor 03-27146103 yang tertera di dalam pesanan itu dan bercakap dengan individu yang menyamar sebagai “pegawai bank”.

“Mangsa telah menafikan mempunyai kad kredit tersebut sebelum diminta untuk menyerahkan ID dan kata laluan perbankan kepada ‘pegawai bank’ bagi tujuan semakan kerana suspek mendakwa akaun bank milik mangsa sedang digondam oleh individu tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa telah terpedaya lalu menyerahkan maklumat perbankan atas talian sehingga berlaku pindahan wang oleh suspek tanpa disedari mangsa.

Baca artikel berkaitan : Scam: Jangan kerana upah RM100 sanggup jadi keldai akaun, jika didakwa boleh dijel bertahun

Katanya, setelah maklumat perbankan diserahkan, mangsa tersedar wang sebanyak RM26,000 telah dipindah keluar daripada akaun bank miliknya.

Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Yusharifuddin juga menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dan panik sekiranya menerima pesanan ringkas sedemikian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This