PM harap hubungan Malaysia dan Turkiye terus berkembang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengadakan pertemuan empat mata dengan Recep Tayyip Erdogan berharap hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye terus berkembang.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri yang menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Kompleks Istana Presiden, Ankara berharap hubungan itu dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Lawatan rasmi saya ke Turkiye disambut mesra dan penuh istiadat oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Kabinet beliau di Kompleks Istana Presiden, Ankara.

“Semoga hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang di masa hadapan dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Perdana Menteri telah diberikan sambutan rasmi dalam pertemuannya dengan Erdogan, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri di Kompleks Presiden itu disambut sendiri Presiden Turkiye itu.

Lebih menarik, kenderaan yang membawa Ismail Sabri diiringi pengawal berkuda sebelum memasuki pekarangan Kompleks Presiden.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri diberi sambutan rasmi oleh Erdogan

Sejurus beliau tiba dan bersalaman dengan Erdogan, lagu ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan.

Ismail Sabri kemudiannya diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat sebelum meneruskan pertemuan.

Ketibaan Ismail Sabri di Kompleks Presiden itu turut diciap Erdogan dalam laman Twitternya.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye sehingga esok.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bertukar pandangan berhubung usaha mengukuhkan hubungan, antara dua negara, di samping berbincang mengenai isu-isu melibatkan perkembangan serantau dan antarabangsa, terutama yang berkaitan dengan sekuriti makanan dalam pertemuan di Istana Presiden itu nanti.

Ia diikuti dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan Turkiye.

Ismail Sabri dan Erdogan juga dijadualkan menyaksikan majlis menandatangani tujuh Memorandum Persefahanan, sebelum mengadakan persidangan media.

Perdana Menteri dijadualkan kembali ke tanah air pada hari Jumaat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This