Fad Bocey terpaksa jalani rawatan laser, sakit semasa bangun tidur angkara ‘slip disc’

Dari Penulis

PELAKON dan pelawak terkenal Fad Bocey terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi akibat daripada ‘slip disc’ yang dialaminya, semalam.

Isteri kepada pelawak itu, Syaheera Rahman memberitahu bahawa semasa hendak bangun daripada tidur, suaminya mula mengalami rasa sakit sehingga sukar untuk memijak lantai dan akhirnya dibawa ke unti kecemasan hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas bangun pagi semalam (Khamis) dia mula rasa sakit sehngga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah mendapat agak ia akibat slip disc.

“Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan Fad perlu jalani prosedut dengan segera. Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi tadi (Jumaat),” ujarnya memetik mStar.

Fad Bocey bersama isteri, Syaheera serta anak-anaknya

Akibat daripada kecederaan yang dialami oleh penyampai radio Hot FM itu, doktor menyarankan agar dia tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak dalam tempoh enam bulan hingga setahun kehadapan.

Turut dikongsikan isterinya, Fad merupakan seorang yang susah untuk sakit sehinggakan semasa mereka bergegas untuk ke hospital, Fad masih cuba untuk berjalan sendiri menuruni tangga rumah mereka.

“Fad bukan lah seorang yang senang jatuh sakit. Jadi. Apabila berlaku secara tiba-tiba begini memang buat saya rasa gementar.

“Selepas bangun semalam, saya bantu bawa dia turun dari tingkat tiga rumah kami untuk dibawa ke hospital. Walau dalam keadaan sakit pun dia masih cuba untuk berjalan.

“Doktor menasihati untuk berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak selepas ini. Dia juga akan terlibat dalam sebuah program televisyen dalam masa terdekat, jadi perlu berhati-hati.

“Selepas operasi laser ini, Fad akan teruskan rawatan fisioterapi,” katanya.

Untuk rekod, Fad bersama isterinya telah berkahwin pada Mac 2015. Hasil perkahwinan bahagia itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This