Setahun pemergian Abam, Fad Bocey luah rasa rindu

Dari Penulis

WALAUPUN harini genap setahun pemergian pelawak Abam menghadap Ilahi, namun kesannya masih lagi dirasai oleh anggota kumpulan Bocey iaitu Fad.

Sebagai teman paling rapat, Fad atau Fadzlie Mohd. Nizam,30, masih berbekas rasa rindunya terhadap Allahyarham yang membuatkan dia sukar untuk melupakannya.

“Genap setahun kau tinggalkan kami, rindu ini tak pernah berubah. Doa aku sentiasa ada untuk kau, sayang ini terus mekar sampai bila-bila.

“Setiap hari terngiang-ngiang suara gelak kau, suara kau bercakap, hati ini hanya rindu. Ini antara baju yang selalu kau pakai dulu, bila kau pakai baju ini dulu, aku selalu ‘bahan’ kau, kan.

“Terus bahagia di dunia abadi sahabat. Al-Fatihah untuk Allahyarham Syed Umar Mokhtar,” katanya di Instagramnya.

Fad turut berkongsi gambar-gambar bersama Abam dan sehelai baju berwarna hitam milik Allahyarham yang kini menjadi kenangan peribadinya dengan arwah.

Pada 10 Februari tahun lalu, Abam atau Syed Umar Mokthar Syed Mohd. Redzuan,32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor akibat demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia dua tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This