“Dia pernah lupa nama saya…,” -Fikry Ibrahim kongsi tahap kesihatan terkini ibunya

Dari Penulis

PELAKON, Fikry Ibrahim mengungkapkan rasa sedih dan sayu apabila melihat keadaan ibunya yang menderita akibat serangan strok ringan sejak dua tahun lalu.

Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, dia akui terkesan dengan penderitaan ibunya itu sehingga pernah suatu ketika ibunya terlupa nama anaknya itu.

“Sekarang kalau orang tanya saya, duit tak boleh beli kebahagian tu, saya percaya. Kalau satu hari nanti dia (ibu) dah tiada, duit yang saya kerja tu sia-sia.

“Bila dia sakit, kadang-kadang dia kembali ke zaman dia muda, jadi pelupa. Pada satu masa, dia pernah lupa nama saya.

“Sepanjang hidup, tak pernah mak lupakan nama saya. Jadi bila pertama kali dia kena minor strok, dia lupa nama saya, saya tak mahu benda tu jadi dah,” ulasnya memetik laporan Gempak.

Bagi pelakon berusia 28 tahun itu, sosok tubuh ibunya yang tersayang itu tiada galang gantinya. Kini dia mahu meluangkan masa bersama ibunya apabila cuti daripada bekerja.

“Isteri boleh ganti, kawan boleh cari, anak boleh buat anak baru, mak hanya ada itu satu sahaja.

“Saya cuba padatkan jadual saya, bila saya cuti terus balik Kedah.

“Saya dah jarang main media sosial sebab banyak saya banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Saya kena fokus pada mak saya. Saya nak, selagi dia hidup, saya tak mahu menyesal satu hari nanti,” ujarnya.

Mengulas lanjut, dia sedar dan sedia memikul tanggungjawab menjaga ibuny kerana itu merupakan satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh seorang anak terhadap orang tua mereka.

Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu juga bakal pulang ke Jitra bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Saya minta maaf, bab mak saya sedih sikit. Menjaga ibu itu satu kewajiban pada saya. Mungkin bukan pengorbanan besar mana pun tapi saya tahu dulu bila saya nak baju, kasut, mak saya cuba belikan.

“Sekarang bila saya dah besar, dah kerja, apa yang dia minta saya tak mahu cakap tak boleh, saya nak bolehkan apa sahaja. Dia nak apa, saya akan belikan.

“Walaupun masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tiada tawaran kerja, mungkin berkat saya jaga mak ke apa, ada saja duit sampai sekarang, tak pernah putus,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fikry bakal menggalas tugas mengacara program pencarian Dewi Remaja edisi 2022 yang akan ditayangkan 16 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 9 malam di Astro Ria (104).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This