Fad Bocey kemalangan & dalam pantauan HDU disebabkan berlaku hentakan di kepala

Dari Penulis

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dimasukkan ke hospital selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan, semalam.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Syahirah A.Rahman menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

“Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-narang rumah, Fad telefon beritahu dia kemalangan. Dugaan apa ini,” tulisnya.

Menurut Syahirah, ketika insiden berlaku, kepala Fad terhentak dan dia mengalami muntah-muntah.

“Maaf mana yang telefon, bateri tinggal tiga peratus. Ini baru ‘bernyawa’ telefon.

“Perkembangan terkini, Fad perlu dipantau di bawah High Dependency Unit (HDU) sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semua bagus.

“Sebabnya masa dekat tempat kejadian, dia muntah tapi Alhamdulillah dia kuat.

“Terima kasih yang mendoakan. Semoga kebaikan kalian dibalas Allah,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke Instagram rakan kumpulannya, Achey Bocey, dia turut berkongsi video mengenai perkembangan terkini Fad.

Dalam video terbabit, kelihatan Fad berada dalam keadaan stabil dan kelihatan mereka berdua sempat bergurau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This