Tiga lagi lelaki ditahan SPRM berhubung kes seleweng dana Penjana Kerjaya

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki, masing-masing satu di Johor dan dua di Pulau Pinang, semalam, bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.

Menurut sumber, suspek di Johor merupakan ketua kerani kanan berusia 41 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan, ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 7.45 malam ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber itu berkata suspek dipercayai menerima wang berjumlah RM5,000 daripada salah seorang pemilik syarikat, sebagai balasan untuk membantu syarikatnya dalam urusan tuntutan bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja.

Dua lagi suspek yang berusia 40 dan 26 tahun ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang masing-masing pada pukul 6.50 petang dan 7.25 malam ketika hadir memberi keterangan.

“Mereka dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butiran palsu secara dalam talian, bagi menuntut bayaran insentif pengambilan pekerja dan latihan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA),” katanya kepada Bernama hari ini.

BERITA BERKAITAN Seleweng RM100 juta: 37 pemilik, pengarah syarikat direman

Menurut sumber, ketua kerani terbabit telah direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Julai yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, manakala dua lagi suspek direman selama enam hari mulai hari ini sehingga 20 Julai dan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan tersebut dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam tempoh terdekat.

SPRM sebelum ini telah menahan reman seramai 37 individu bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Penjana Kerjaya di beberapa negeri menerusi ‘Op Hire’ yang bermula Rabu lalu.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rekod lampau Rafizi jadi ‘kelemahan’ Bersama – Penganalisis

REKOD lampau Datuk Seri Rafizi Ramli sama ada sebelum atau selepas memegang jawatan menteri disifatkan menjadi 'kelemahan' utama Parti...

More Articles Like This