“MoU tidak akan dibatalkan” – PM arah KSM, KDN selesai segera isu pekerja Indonesia

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menyelesaikan segera isu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung proses pengambilan pekerja dari negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ismail Sabri berkata perkara tersebut perlu diselesaikan segera, bagi mengelak timbulnya masalah antara Malaysia dengan Indonesia.

“Saya dah minta KSM, saya dah minta KDN selesaikan. Saya tak nak (isu) dipanjang-panjangkan. Jadi saya kata, selesaikan. Kerana jika tidak diselesaikan kita bimbang akan ada masalah kita dan Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran ‘Home Ownership Programme’ (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di sini hari ini.

Ditanya adakah MoU akan dibatalkan, Ismail Sabri menjawab: “Tidak, tidak.”

Terdahulu, dilaporkan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak semalam, berikutan Jabatan Imigresen Malaysia terus menggunakan ‘System Maid Online’ (SMO) biarpun kedua-dua negara menerusi MoU, bersetuju menggunakan satu saluran iaitu ‘One Channel System’ (OCS).

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono dilaporkan berkata MoU terbabit tidak dihormati, berikutan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi Malaysia.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This