GARA-gara berang selepas ikatan pertunangan putus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak melanggar Perodua Myvi milik bekas tunangnya dalam satu kejadian di tempat letak kenderaan di hadapan pejabat RNR Fitra Bandar Indah, Sandakan, petang kelmarin.
Klip video berdurasi 30 saat memperlihat perbuatan lelaki itu tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal kejadian dilapor berlaku kira-kira pukul 2 petang.
“Mangsa yang juga pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi telah tampil membuat laporan Polis pada hari yang sama di Balai Polis Bandar Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah
Ujarnya, suspek pada masa kejadian memandu kenderaan jenis Perodua Viva, didapati dengan sengaja melanggar kenderaan suspek yang parkir di tempat letak kenderaan.
“Bagaimanapun mangsa seorang wanita tempatan berumur 25 tahun, tidak berada dalam kenderaannya,” katanya.
Kata Abdul Fuad, bertindak atas laporan, Bahagian Siastan Jenayah IPD Sandakan telah berjaya menahan suspek pada pukul 11.15 malam hari yang sama.
“Motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan perhubungan pertunangan mereka yang telah putus,” tambahnya.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun, kini ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

