SEORANG lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pintu kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bukit Rambai, Melaka, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, pemandu berusia 57 tahun terbabit baru sahaja selesai melakukan pengisian minyak di sebuah pam di stesen minyak berkenaan.
“Sejurus menghidupkan enjin kereta untuk beredar, dia dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya hilang kawalan dan bergerak lurus seterusnya melanggar empat panel pintu kaca di lokasi kejadian.
“Ketika kejadian keadaan cuaca baik dan kering. Mangsa dan orang awam yang berada di tempat kejadian juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baca artikel berkaitan : 6 cedera Kancil dipandu warga emas rempuh restoran
Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian telah diperoleh daripada pengadu berusia 50 tahun yang juga pemilik stesen minyak itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

