SEORANG penunggang motosikal maut selepas diseret sebuah Perodua Myvi dalam satu kemalangan pelik di Kilometer 58, Jalan Jementah – Muar, Segamat petang tadi.

Mayat mangsa tersangkut pada bahagian tayar belakang sebelah kiri sebuah Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenda Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang dimana mangsa melanggar Myvi ketika keluar dari bahu jalan.

Katanya, kemalangan berlaku ketika pemandu Myvi datang dari arah Jementah ke Segamat.

“Mangsa secara tiba-tiba keluar dari bahu jalan dan masuk ke laluan kereta.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, mangsa gagal mengawal motosikal dan telah melanggar bahagian kiri belakang Perodua Myvi ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Murid Tingkatan 1 ditahan selepas paksa rakan lakukan amang seksual

Susulan kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia tempat kejadian.

Sehubungan itu, Bahrin berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 19867 dan meminta saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Segamat untuk memberikan maklumat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram