Penyebar fitnah akhirnya mohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah

Dari Penulis

BERIKUTAN tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana yang telah memfailkan saman terhadap seorang netizen kerana menyebarkan fitnah, individu wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi.

“Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

“Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarga,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDE0] Puteri Sarah pertimbang Ira Kazar jadi madu, nak poligami cari keturunan yang baik-baik, Mahkamah perintah Ira Kazar tak boleh ganggu Puteri Sarah

Menerusi entri yang sama, individu terbabit turut berharap Puteri Sarah diberikan kekuatan serta dipermudahkan untuk berdepan dengan ujian rumah tangganya itu.

“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dengan posting Instagram Story saya.

“Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah, terima kasih,” ujarnya lagi.

Puteri Sarah turut berkongsi permohonaan maaf individu terbabit di Instagram Storynya dan mengucapkan terima kasih atas tindakannya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Enggan terus menjadi mangsa buli siber selain tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh pengguna media sosial, Puteri Sarah menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate telah menghantar notis saman kepada individu tidak bertanggungjawab itu.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis penyebar fitnah tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This