Sebut sahaja dalam masakan apa, Melayu, Cina, India, halia sering digunakan sebagai bahan rempah ratus penambah perisa kepada makanan tersebut. Malah khasiatnya juga telah diakui baik dalam hal pemakanan mahupun perubatan tradisional.
Halia merupakan satu daripada jenis rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia.
Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak menghasilkan tanaman halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Halia atau nama saintifiknya Zingiber offi cinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.
Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan haliadalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Halia disifatkan sebagai bahan yang berasa pedas apabila dimakan dan boleh membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun.

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan.
Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angina yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.
Halia juga boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, kosmetik dan ubatan.
Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman jus halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau di mayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.
Halia juga dipercayai boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit dan kekurangan tenaga. Selain itu, halia membantu menghadamkan makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau mulut.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

