Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kerabu pegaga ikan haruan yang menyelerakan ini. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
100 gm pegaga
2 helai limau purut
1 biji lemon
Sedikit garam
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ikan haruan dibersihkan lalu direbus separuh masak. Ambil isinya sahaja. Ketepikan.
2.Gaulkan ikan haruan dengan bahan hiris.
3.Kemudian masukkan perahan jus lemon dan garam secukup rasa.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

