Tabung Haji kukuh pelaburan luar negara, beli bangunan di UK

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji mengukuhkan lagi pelaburan dalam pasaran hartanah luar negara selepas memuktamadkan rundingan pembelian bangunan di London, United Kingdom (UK), 12 Julai lalu.

Pembelian bangunan berstatus pegangan bebas itu adalah tambahan kepada senarai pelaburan Tabung Haji yang mempunyai portfolio hartanah di UK sejak 2012.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, hartanah tersebut merupakan pejabat kerajaan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan UK.

Menurut beliau, bangunan tersebut merupakan pejabat enam tingkat berkeluasan 179,869 meter persegi dikenali sebagai Great Minster, 33 Horseferry Road, Victoria.

“Pemilikan hartanah tersebut akan memberikan pulangan jangka panjang baik kepada Tabung Haji kerana kontrak sewaan yang panjang; kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa; kadar sewaan menaik setiap tahun dan nilai pasaran yang stabil.

“Ia juga selaras dengan objektif pelaburan Tabung Haji untuk mempelbagaikan jenis pelaburan dari segi aset dan lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Syarat kesihatan: Bukan Tabung Haji tetapkan, tapi Arab Saudi

Mengulas lanjut, Amrin berkata, bangunan tersebut terletak di lokasi strategik dalam daerah perniagaan terbesar di West End London dan merupakan hab komersial yang berkembang pesat ketika ini serta pada masa hadapan.

Katanya, Victoria juga menempatkan banyak pejabat kerajaan dan sektor awam kerana lokasi yang berdekatan dengan bangunan Parlimen di samping akses mudah kepada semua pengangkutan awam utama.

Amrin memaklumkan, Tabung Haji sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan hartanah bagi memastikan ia memberi pulangan segera untuk menampung kos haji tahunan dan agihan keuntungan tahunan.

Pada masa sama, beliau berkata, sebarang pelaburan hartanah juga mengambil kira pulangan jangka panjang yang stabil dan selamat bagi kesinambungan Tabung Haji serta pendepositnya.

“Tabung Haji memperuntukkan kira-kira 11 peratus daripada RM88 bilion dana miliknya untuk pelaburan dalam sektor hartanah di dalam dan luar negara.

“Tabung Haji kini giat meninjau peluang meningkatkan pelaburan dalam sektor hartanah luar negara dalam usaha mempelbagaikan portfolio pelaburan kerana ia dikenal pasti sebagai langkah terbaik untuk memperoleh pulangan kompetitif dan konsisten kepada 8.5 juta pendeposit,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This