Jenama H atau Honda sememangnya “digilai” di Malaysia, dan itu fakta bukan auta yang boleh dikelentong sesuka hati apabila bercakap mengenai kenderaan dari negara Matahari Terbit itu.
Kini Honda Malaysia sudahpun melancarkan sebuah model ikonik yang dikatakan menjadi titik tolak kepada permintaan segmen kenderaan utiliti sukan atau SUV di negara ini, pada 14 Julai yang lalu.
Model tersebut ialah Honda HR-V generasi baharu.
Namun, di sebalik tempahan yang “menggila” sehingga 12 bulan tempoh menunggu, apa sebenarnya yang syok sangat tentang SUV tersebut.
Pilihan Enjin
Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menerima tiga pilihan enjin untuk HR-V iaitu 1.5L e:HEV, 1.5L VTEC Turbo bagi varian V dan E serta Varian S dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC aspirasi biasa (NA).
Varian RS, V dan E turut ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan Normal, Sport dan Econ.
Rupa Paras
HR-V yang berada di pasaran kini adalah model yang menerima pembaharuan menyeluruh atau generasi baharu dan bukan model dinaik taraf.
Dari segi rupa paras ia tampil menawan dan jauh lebih premium daripada generasi terdahulu.
Pandangan 360 darjah model itu ternyata amat mengancam dengan beberapa sentuhan terbaharu yang membuatkan ia satu langkah ke hadapan berbanding pesaing lain.
Ia kini dilengkapi lampu isyarat LED berurutan, lampu utama LED sepenuhnya dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus LED serta rim aloi bersaiz 18 inci (bergantung kepada varian).

Ruang Kabin
Umum mengetahui Honda merupakan pakar dalam menyediakan kenderaan yang memiliki ruang cukup menakjubkan.
Cuma ada dua perkara agak pelik untuk keluaran HR-V kali ini iaitu bonggol pada kerusi belakang dan juga rekaan stereng seperti perangkap habuk.
Namun, ia tidak bermakna lain-lain aksesori dalam itu buruk.
HR-V tampil dengan corong pendingin hawa lebih futuristik, digandingkan dengan paparan kluster meter (TFT) interaktif bersaiz 7 inci dan skrin audio 8 inci, semestinya anda lupa kepada perkara lain.
Tidak lupa juga ia turut dilengkapi tempat duduk dibalut kulit (bergantung kepada varian), pendingin hawa dua zon automatik.
Honda turut memperkenalkan Air Diffusion System bagi mendapatkan kitaran udara sejuk yang lebih baik untuk semua penumpang.

Selain itu, varian HR-V RS dilengkapi Hands-Free Power Tailgate dengan fungsi Walkaway Close – pintu belakang akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak jauh dari kenderaan.
HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna iaitu merah, kelabu metalik, putih Mutiara, perak dan hitam.
Dan yang terakhir adalah Honda SENSING, sistem yang memberikan anda:
Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran
Sistem Bantuan Kekal Lorong
Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan
Amaran Keluar Lorong
Lampu Tinggi Auto
Kawalan Pemanduan Adaptif
Sistem Mengikuti Kenderaan
Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

